Kami Mahu Darah – Cerita Bola Sepak Yang Aneh

copy-of-sifa8

Pada hari Ahad lepas aku ikut team bola aku main kat padang FAS Kelana Jaya. Semuanya kerana jadual dah sedia maklum kena main hari Ahad tu, kalau tak aku duduk rumah je, layan Ali Setan lagi best. Kedatangan aku wajib. Malah lebih wajib dari player, sebab aku tukang sign borang. Dalam erti kata lain aku Team Manager, ayat yang sedap didengar tapi watak sebenar hanyalah macai team.

Bukan aku nak cerita pasal aku Team Manager (hampeh betul), tapi pasal suasana perlawanan hari tersebut. Sebagai Manager aku adala power sikit cewah Kalau aku kata siap, semua macam lipas kudung siap. Bukan apa, takut kena marah. Tapi biasala dalam bola ni kalau tak boleh kena marah, kau pegila main masak-masak.

Pasukan aku ada sorang Jurulatih. Jurulatih ni lagi hebat dari aku. Dah nama jurulatih, player mesti dengar punya. Nak mampos kalau tak dengar. Jawapnya rezeb la kau.

Suasana petang tu hujan. Hujan yang sangat lebat. Faham-faham ler kalau dah hujan pasti padang becak punya. Itu aku tak kisah, yang penting satu lagi game kami lepas supaya kepala tak pening nak pikir game banyak lagi. Opps.. lupalak team aku main Liga Selangor. Alah biasa-biasa jer.

So pengadil panggil masuk padang. Dengan semangat berkobar-kobar masukla budak-budak aku. Dengan harapan nak kalahkan team lawan. Hari ni kami lawan team paling atas liga. Satu yang best budak-budak aku, lagi kuat kau lagi syok kami main. Sebab bagi kami kalau lawan team mudah, baik lawan ngan budak kecik jer mesti menang. Bukan angkuh, kalau nak berjaya kena motivate diri, macam tu ler lebih kurang.

Team lawan semua nampak sasa belaka. Itu kami tak peduli yang penting main dulu baru tahu. Dari awal ref tiup wisel kami serang habis habisan. Team lawan nampak kaget, dia ingat nak ratah kami. Sorry ler, yang penting lawan tetap lawan.

Perlawan hari tu penuh dengan aksi sepak terajang. Mana tak nya, padang basah semua main tackel gila babi. Team aku teruk jugak dibuatnya. Sampai ada yang hampir nak patah leher dan kaki. Ini tak boleh jadi. Tiba-tiba jurulatih aku menjerit dengan satu ayat yang pertama kali aku dengar. KAMI MAU DARAHH..!!!!. Apa lagi budak-budak aku macam kena sawan. Seperti dapat satu semangat yang gila menusuk kedalam badan. Budak-budak aku macam terasuk setan. Apa yang melintas pasti kena tebas. Jadi hari tu banyak lah kad-kad cinta yang berjaya dikumpul oleh budak-budak aku. Lastly kami kena belasah 3-0. Aduh pedih nya.

Moralnya of the story kalau kita main penuh semangat pasti kita rasa best. Menang kalah tolak tepi. Yang penting spirit of the game. Itulah yang aku terap kat player aku. Petang tu kami balik dengan hati yang gembira walaupun dibelasah 3-0. Sekurang-kurangnya kami fight for the game, bukannya lembik macam tahu basi.

ps: tiada siapa yang cedera parah dalam game tu.

pss: kepada semua player korang memang best.

psss: coach lu memang ada aura puaka wakakaa..!!

Advertisements

4 thoughts on “Kami Mahu Darah – Cerita Bola Sepak Yang Aneh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s